Kali ini admin nak share kat korang cara nak buat resume dengan mudah, menjimatkan masa dan tidak perlu serabutkan kepala nak buat format atau kedudukan macam mana. Sebab kali ini admin nak kenalkan anda dengan Resume Generator. Dibangunkan oleh Pusat Maklumat Kerjaya JobsMalaysia untuk memudahkan anda menghasilkan resume. Hanya isikan maklumat anda, pilih template dan simpan atau terus print. Mudah bukan?
ADMIN TIDAK JAMIN 100% ANDA BOLEH BUAT RESUME MELALUI CARA INI, ADA YANG BERJAYA DAN ADA YANG TAK BERJAYA BUAT DENGAN MENGGUNAKAN RESUME GENERATOR INI (sistem yang dibangunkan oleh Pusat Maklumat Kerjaya - Jobsmalaysia)
KLIK DI SINI >>> RESUME GENERATOR
Langkah 1 : Lengkapkan Maklumat
Perkataan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah benar dan tidak mengelirukan majikan.
Pilih maklumat mana yang mahu dimasukkan dengan mengklik checkbox.
Upload gambar terkini anda, lebih baik gambar terkini dan berpakaian sesuai.
Isikan segala maklumat anda hingga ke bawah.
Langkah 2 : Pilih Template
Klik pada thumbnail untuk melihat template.
Pilih Resume yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon.
Untuk menggunapakai template, klik pada checkbox, kemudian tekan butang 'Guna Template'.
Selesai pilih template yang anda ingin guna, seterusnya ke Langkah ke 3. Anda klik Guna Template.
Langkah 3 : Siap
Sila Muat Turun ataupun Cetak Resume yang telah anda hasilkan kerana maklumat anda tidak disimpan didalam database mereka.
Format resume adalah dalam bentuk Adobe Acrobat (PDF)
Jika tidak berjaya, buat dengan cara manual lagi baik dan berpuashati. Klik Sini. Selamat mencuba, dan semoga berjaya dalam kerjaya yang anda impikan...
Post a Comment