Posts

Showing posts from June, 2013

Panduan Menghadiri Temuduga Bhg. 2 [Persiapan Dokumen & Hari Temuduga]

Image
PERSIAPAN DOKUMEN

Panduan Menghadiri Temuduga Bhg. 2 | Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder yang lut sinar (transparent).



1. Surat panggilan temuduga
2. Kad pengenalan
3. Sijil-sijil kelayakan akademik
4. Sijil-sijil kemahiran
5. Sijil-sijil kursus
6. Sijil atau surat penghargaan
7. Dokumen sokongan lain, jika ada



PADA HARI TEMUDUGA



Semasa Temuduga



Panduan Menghadiri Temuduga Bhg.1 [Pengenalan & Persediaan Awal]

Image
APA ITU TEMUDUGA
Temuduga adalah satu sesi penilaian oleh panel temuduga untuk memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.
Oleh kerana temuduga adalah satu kaedah penilaian, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemuduga bahawa mereka adalah calon yang paling layak.


Aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut: Sahsiah diriKelayakanPengetahuan am dan hal ehwal JabatanPengalaman kerjaKebolehan memimpinBidang tugas di JPNKebolehan berkomunikasi dengan baikKesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi
Kekemasan Untuk LELAKI Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuaiBaju berlenggan panjang yang berwarna lembut. Contoh: warna putih atau biru muda.Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai.Berkasut kulit serta memakai stoking berwarna gelap.Memakai tanda nama.
Kekemasan Untuk WANITA Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebi…

Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Image
Tips Sebelum Menghadiri TemudugaTemuduga merupakan sesuatu yang agak mendebarkan bagi yang kali pertama diuji, untuk menjadikan temuduga lebih lancar, persediaan awal perlu untuk mengelak sebarang masalah semasa ingin menghadiri temuduga. Di bawah disediakan sedikit tips persediaan awal menghadiri temuduga.


• Pastikan anda mengetahui masa temuduga dan tiba awal 15-20minit sebelum temuduga bermula. Hal ini penting bagi member peluang kepada calon untuk memastikan diri telah sampai ditempat yang betul dan mempunyai penampilan diri yang baik.
• Sediakan dan bawa bersama salinan resume, dokumen diri dan sijil-sijil persekolahan sebaiknya disusun kemas.
• Penting untuk mengetahui maklumat mengenai syarikat di mana terdapatnya kekosongan jawatan ataupun mengenai institusi yang dimohon. Kajian perlu dibuat berkenaan maklumat tentang syarikat/institusi, perkhidmatan/ subjek pendidikan, produk, pelanggan/output dan sebagainya. Maklumat boleh didapatkan dengan menghubungi syarikat, bahan rujuka…

Hari Temuduga & Contoh Soalan Lazim

Image
Persediaan Hari Temuduga & Contoh Soalan Lazim | Anda digalakkan membuat persedian yang baik untuk menghadapi temuduga yang akan dihadiri oleh anda, bagi mencapai peluang mendapatkan pekerjaan yang tersebut. Jika tidak dapat sekalipun, persediaan yang anda buat itu, mampu membuatkan anda berpuashati dan lebih berazam untuk lakukan yang terbaik dengan membaiki kelemahan-kelemahan yang anda kesan ketika proses temuduga terdahulu.



Lakukan perkara di bawah untuk menjadi calon yang cemerlang

PERSEDIAAN TEMUDUGA

1. Datang 10 minit awal
2. Berpakaian kemas.
2. Baju kemeja - tide in
3. Berseluar panjang
4. Berkasut tutup dan berwarna gelap
5. Bawa semua sijil
6. Bawa 2 salinan semua sijil
7. Bawa 4 keping gambar ukuran pasport ( kelihatan kemas )
8. Susun sijil anda mengikut  susunan sijil yang diperlukan dimuka hadapan dan seterusnya

CONTOH SOALAN LAZIM
1. Ceritakan tentang diri anda
2. Mengapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini? 
3. Mengapa anda mencari kerja baru?
4. Jawatan apa yang anda…

Tatacara dan Etika Berpakaian Temuduga

Image
Temuduga - Tatacara dan Etika Berpakaian

Tatacara dan Etika Berpakaian Temuduga | Ketika menghadiri sesuatu temuduga, penampilan adalah aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh calon. Ini kerana pandangan pertama penemuduga terhadap calon terutama menerusi cara berpakaian memberi satu persepsi buat penemuduga terhadap calon yang akan ditemuduga. Untuk menghadapi temuduga, calon perlu berpakaian kemas dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki kerana semua itu dinilai oleh pihak penemuduga. Ini kerana cara berpakaian akan mencermin anda yang sebenarnya.

Bagi calon pekerja lelaki, adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Bagaimanapun, cara berpakaian boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja berkenaan. Bagi calon lelaki, mereka harus ingat bahawa pemakaian seluar jeans dan baji t-shirt berleher bulat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pemilihan kasut juga penting dimana mereka me…

Soalan Pengenalan Diri Ketika Temuduga

Image
Soalan Pengenalan Diri Ketika Temuduga | Sebelum hari temuduga, bermacam-macam soalan yang berada difikiran, agaknya apalah yang akan ditanya oleh panel penemuduga kan? So, ada sedikit tips untuk korang jika panel bertanyakan soalan biasanya akan ditanya ketika bermulanya sesi temuduga tersebut. iaitu, Pengenalan Diri



Soalan Biasa
Soalan pertama atau selalu yang wajib ditanya oleh panel semasa temuduga adalah :-
"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"
Cara nak jawapan soalan ini:-
Jangan kita jawab macam sesi berkenalan, cukuplah sekadar bagi sedikit pengenalan diri. Kita perlu lebih berikan fokus jawapan kita kepada kelayakan dan kemahiran kita serta pengamalan yang kita ada. Serta kerja apa yang kita sedang lakukan sekarang. Tak payah la nak jawab berjela-jela tapi point utama tak ada. Panel bukannya berkenalan dengan kita...hehehe
Contoh jawapan yang perlu dielakkan. "Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak …

Cara Buat Resume Yang Baik

Image
RESUME
Apa itu Resume? Resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.

Perbezaan Resume dengan Curriculum-Vitae (CV) Kandungan CV lebih terperinci yang mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional.

Jenis-jenis Resume  Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional Resume ataupun Combination Resume.
Chronological Resume Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau beberapa pekerjaan ya…

Contoh Resume Kerja Kerajaan

Image
Contoh Resume Kerja Kerajaan
Terdapat banyak contoh resume kerja kerajaan mahupun kerja swasta di luar sana. Di sini saya akan terangkan beberapa perkara yang perlu ada dalam resume anda.
Antara Contoh Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume Kerja Kerajaan
1. Nama anda
2. Objektif kareer anda – apa yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja
3. Alamat, no telefon dan email anda.
5. Kelebihan anda – kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda.
6. Latar belakang akademik anda – pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga peringkat tertinggi.
7. Pengalaman bekerja – tempat lama anda bekerja, berapa lama anda di sana, jawatan yang dipegang, pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut
8. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa anda
9. Rujukan – pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.
Anda boleh tulis resume anda dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Bagi ya…

Contact Us

Hubungi kami di sini --> KLIK

Kongsi Pengalaman Anda Semasa Temuduga

Image
Admin menyediakan ruang ini adalah untuk anda berkongsi serba sedikit maklumat atau cerita daripada pengalaman anda semasa menghadapi temuduga di sektor awam mahupun swasta. Jika anda ingin berkongsi selain daripada pengalaman temuduga adalah tidak mengapa tetapi biarlah ia berkaitan dengan blog ini. Semoga dengan perkongsian anda dapat membantu kawan-kawan kita diluar mendapat serba sedikit ilmu atau info daripada pengalaman tersebut. Semoga bermanfaat.
Anda boleh berkongsi dengan menaip di dalam kotak komen di bawah. Terima kasih semua..

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Resume & Temuduga adalah untuk persiapan  atau memudahkan anda  mengetahui tatacara temuduga dan cara membuat resume dengan baik. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website, daripada pelbagai blog dan pengalaman admin sendiri juga orang terdekat. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Admin tidak bertanggungjawab keatas kerosakan atau yang berlaku hasil dari perbuatan mengambil contoh artikel di dalam blog ini. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang pengalaman temuduga atau yang berkaitan boleh inbox di pages facebook (pastikan anda login facebook) di sini: CLICK . Admin akan kumpul pengalaman anda dan akan buat satu ruang khas untuk orang ramai membacanya. Semoga kit…

Privacy Policy

Privacy Policy for http://buatresume.blogspot.com/

If you require any more information or have any questions about our privacy policy, please feel free to contact us (HERE

At http://buatresume.blogspot.com/, the privacy of our visitors is of extreme importance to us. This privacy policy document outlines the types of personal information is received and collected by http://buatresume.blogspot.com/ and how it is used. 

Log Files
Like many other Web sites, http://buatresume.blogspot.com/ makes use of log files. The information inside the log files includes internet protocol ( IP ) addresses, type of browser, Internet Service Provider ( ISP ), date/time stamp, referring/exit pages, and number of clicks to analyze trends, administer the site, track user’s movement around the site, and gather demographic information. IP addresses, and other such information are not linked to any information that is personally identifiable. 

Cookies and Web Beacons
http://buatresume.blogspot.com/ does use cooki…