Ads (728x90)

APA ITU TEMUDUGA

Temuduga adalah satu sesi penilaian oleh panel temuduga untuk memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.

Oleh kerana temuduga adalah satu kaedah penilaian, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemuduga bahawa mereka adalah calon yang paling layak.


Panduan Menghadiri Temuduga Bhg.1

Aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:
  • Sahsiah diri
  • Kelayakan
  • Pengetahuan am dan hal ehwal Jabatan
  • Pengalaman kerja
  • Kebolehan memimpin
  • Bidang tugas di JPN
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi

Kekemasan Untuk LELAKI
  • Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai
  • Baju berlenggan panjang yang berwarna lembut. Contoh: warna putih atau biru muda.
  • Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai.
  • Berkasut kulit serta memakai stoking berwarna gelap.
  • Memakai tanda nama.

Kekemasan Untuk WANITA
  • Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
  • Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebihan.
  • Berkasut bertutup penuh (court shoes).
  • Memakai tanda nama.

Ketrampilan
  • Berambut pendek dan kemas (Untuk Lelaki)
  • Jika bermisai, berjambang atau berjanggut, hendaklah didandan kemas (Untuk Lelaki)
  • Pastikan kebersihan dan kekemasan diri.

PERSEDIAAN MINDA
  • Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.
  • Mengemaskini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa.
  • Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan ataupun mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan.
  • Berkeyakinan dan tidak gemuruh.
  • Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.
  • Mendapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.
  • Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu.
  • Berdoa untuk kejayaan.

Post a Comment