Ads (728x90)

Tindakan Anda Jika Ditamatkan Perkhidmatan, Dibuang Tanpa Notis dan Alasan Munasabah | Assalammualaikum, salam sejahtera semua pembaca dan pengunjung blog contoh resume dan temuduga ini. Hari ini admin nak kongsikan 1 perkara berkaitan dengan pekerja. Yes, pekerja. Admin nak kongsikan hak seorang pekerja jika seseorang pekerja dibuang kerja oleh majikan 24 jam tanpa notis, tanpa alasan munasabah tanpa diberikan baki gaji atau apa-apa tanpa faedah penamatan (jika bekerja lebih 1 tahun). Jika ada diantara anda, saudara mara anda, terkena atau mengalami nasib demikian, jangan risau, anda boleh pergi ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan untuk membuat laporan atau tuntutan seperti di atas.

Tindakan Anda Jika Ditamatkan Perkhidmatan, Dibuang Tanpa Notis dan Alasan Munasabah http://buatresume.blogspot.com/

Okey, yang pertama adalah notis. Notis adalah 1 bentuk bertulis yang akan diberikan sama ada jika pekerja hendak berhenti, pekerja wajib menyerahkan dahulu notis kepada majikan, begitu juga jika majikan hendak memberhentikan pekerja, perlu bagi notis bertulis (berapa bulan notis bergantung kepada kontrak perkhidmatan yang diberikan majikan semasa mula-mula bertugas/bekerja dahulu) jika tiada, boleh terus refer/rujuk kepada Labour Law. Jika di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Akta Kerja 1955 (Employment Act. 55) adalah digunakan. Jika di Sarawak, Ordinan Buruh Sarawak (Bab 1976) (Sarawak Labour Ordinan 76) digunakan manakala di Sabah pula Ordinan Buruh Sabah 1950 digunakan. Beza antara undang-undang buruh ini hanyalah berdasarkan nombor seksyen sahaja, manakala isi adalah seakan sama.

1. Gaji Ganti Notis

Jika di Pejabat Tenaga Kerja/Jabatan Tenaga Kerja mereka memanggil notis ini ialah Gaji Ganti Notis. Jika majikan mahu membuang, menamatkan kontrak anda, memberhentikan anda, mereka perlu memberi surat ganti notis yang mencukupi seperti terkandung di dalam kontrak perkhidmtan anda, jika 1 bulan notis, atau 2 bulan notis, majikan perlu mematuhinya dan perlu memberi surat atau notis 1/2 bulan lebih awal untuk memaklumkan penamatan perkhimatan pekerja tersebut. Jika majikan gagal memberikan apa-apa tempoh notis anda berhak menuntut 1/2 bulan Gaji Ganti Notis bergantung kepada kontrak perkhimatan bertulis anda. Jika tiada, anda boleh tuntut mengikut undang-undang buruh seperti berikut:

Anda layak membuat tuntutan mengikut berapa lama perkhidmatan anda dalam syarikat:

Mengikut Akta Kerja 1955 :-

Seksyen 12. Notis Penamatan Kontrak.

(1)  Mana-mana pihak dalam kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberi notis kepada pihak yang satu lagi hasrat beliau untuk menamatkan kontrak itu daripada perkhidmatan.

(2) Panjang notis itu hendaklah sama untuk kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditentukan oleh peruntukan yang dibuat secara bertulis bagi notis itu dalam terma kontrak perkhidmatan, atau, dalam ketiadaan peruntukan sedemikian secara bertulis, hendaklah tidak kurang daripada :

(a) notis empat minggu jika pekerja itu telah bekerja sedemikian kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu adalah diberikan;

(b) enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh itu;

(c) lapan minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada tarikh yang ditetapkan: Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh diambil untuk mengelakkan sama ada pihak daripada melepaskan haknya untuk notis di bawah subseksyen ini.

dan mengikut Sabah & Sarawak juga sama.

Jika majikan anda tidak memberikan notis yang mencukupi, anda hanya perlu pergi melaporkan di PTK yang berdekatan.

Begitu juga jika baki gaji tidak dibayar semasa peberhentian berlaku, anda boleh membuat tuntutan bersama dengan Gaji Ganti Notis.

Contoh pengiraan;

gaji terakhir anda adalah RM2000, manakala anda telah diberhentikan dalam bulan Ogos 2014.

RM2000 / 31 (jumlah hari dalam bulan Ogos, jika bulan Jun perlu bahagi dengan 30) = RM65.00

Jika anda telah bekerja lebih daripada 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun, jumlah notis anda adalah 6 minggu.

(b) enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh itu;

6 minggu = 7 hari seminggu X 6 = 42 hari.

= RM65 X 42 hari = RM2,730 (layak tuntut sebagai Gaji Ganti Notis)


2. Faedah Penamatan Kerja.

Jika anda sudah bekerja satu tahun dan anda mengalami nasib diberhentikan oleh majikan, anda boleh menuntut  satu lagi hak anda iaitu, Faedah Penamatan Kerja. Anda boleh meminta pegawai PTK untuk kirakan untuk anda, atau ada boleh sendiri kirakan dengan formula seperi berikut:

i. Jika anda bekerja 1 tahun tetapi kurang daripada 2 tahun - anda layak 10 hari gaji dalam setahun

ii. Jika anda bekerja 2 tahun hingga 5 tahun - anda layak 15 hari gaji dalam setahun

ii. Jika anda bekerja lebih 5 tahun - anda layak 20 hari gaji dalam setahun
Jika anda mula bekerja pada 1 January 2005 dan dibuang pada 31 Disember 2010 anda layak berada di iii.

iaitu : 1 January 2005 - 31 Disember 2010 = 6 tahun tempoh anda bekerja (layak 20 hari)

Kirakan gaji sehari anda. Jika anda sudah bergaji hari, terus darabkan.

Contoh:

gaji sehari 100 sehari X 20 hari layak X 6 tahun = RM12,000 (layak tuntut sebagai Faedah Penamatan Kerja)


jika gaji bulan, contoh RM2,300 sebulan X 12 bulan / 365 hari =  RM76.00 sehari

RM76 x 20 hari layak X 6 tahun = RM9,120.00 (layak tuntut sebagai Faedah Penamatan Kerja)


Kesimpulannya, makin lama anda bekerja dengan satu-satu syarikat, makin banyak la jumlah Gaji Ganti Notis dan jumlah Faedah Penamatan yang anda akan dapat. Jumlah ni boleh la tampung kehidupan anda sebelum dapat kerja yang lain.

Jika anda ada sebarang soalan atau kekeliruan, anda boleh tinggalkan komen di bawah. InsyaAllah admin jawab selagi termampu. Undang² di atas terpakai untuk sektor swasta, GLC kecuali sektor Kerajaan dan Badan Berkanun. Semoga hak anda sebagai pekerja sentiasa di lindungi. 

Korang boleh rujuk dengan download melalui link yang admin sediakan di bawah:

i. Akta Kerja (1955) - Disini
ii. Ordinan Buruh Sabah [Cap. 67] - Disini
iii. Ordinan Buruh Sarawak [Cap. 76] - Disini

Khailiza (admin)
Pegawai Tenaga Kerja


Update : Admin minta maaf jika tidak sempat menjawab pertanyaan anda, ini kerana admin agak sibuk kebelakangan ini. Memang banyak soalan/komen yang diterima, ada dalam 100 lebih lagi tak di approve.. Nasihat admin adalah, jika terasa anda dibuang kerja tanpa sebab yang munasabah atau tidak adil, anda boleh terus ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dengan tuan/puan dan boleh terus bertanya dengan Pegawai di sana atau minta pendapat mereka, Jangan takut, depa takkan makan korang dan tak kena bayar pun :) .. tapi jangan kerana sendiri buat masalah, nak pergi tuntut juga dan jangan reka cerita macam-macam. Jangan!!

Post a Comment